Jurugambar sebagai kerjaya

 Tahukah kita, jurugambar adalah kerjaya yang eksklusif , memerlukan bakat , dan perlu selalu belajar ? Belajarlah ikut kursus,dengan orang berpengalaman, pun boleh melalui video , buku , rajin bertanya , study hasil kerja orang lain, buat sesi untuk dikritik , lihat sekeliling . Belajar dan terus belajar .

1. Jual terus secara direct kepada public .

Beranikan diri. Patut tahu kita lebih arif dalam ambil gambar kategori bagaimana.(Landskap, potrait, makro , candid, sports , street ,etc). Menawar perkhidmatan terbaik kepada orang terdekat sebagai permulaan, adalah alternatif paling dekat bagi mereka yang masih mencari keyakinan diri.

2. Masuk dalam sebarang pertandingan atau submit gambar yang kita shoot dalam majalah /BLOG POPULAR/ FACEBOOK Page / kepada mana-mana penganjur . (Hantar gambar menarik yang memberi cerita ) – Elak hantar gambar yang sama untuk semua pertandingan atau majalah di sekitar anda, cari EVENT / acara, pasti ada VIP , atau selebriti popular yang hadir, jadi itulah masa sesuai mengumpul gambar . Jika berjalan atau melancong dan beraktiviti, rakamkan gambar pemandangan atau kegiatan menarik di sana .
3. Jadi Jurugambar Perkahwinan [Wedding Photographer ]
Oh ya, ini popular. Kita kena pandai rebut peluang, serta tonjolkan diri. Kena berani dan jangan malu-malu. Mulakan dengan harga rendah [tapi ingat! jangan buat iklan macam jualan murah , harga borong bagai – ini adalah kerjaya yang ekslusif , sayang ], namun hasil tetap bagus. Yang penting kualiti kena jaga . Kemudian bila portfolio dah makin banyak, kita boleh naikkan harga secara berperingkat . Libatkan diri dengan kelab atau persatuan jika rasa kurang yakin menguruskan event sendiri. Jika segan-segan, takut-takut, mulakan dengan saudara mara rapat dan kawan-kawan terdekat dulu . Tolong-tolong kawan-kawan yang memang photographer – Ini pun ok jugak .
Tops style photo : Formal potraits , candid shots , cutting the cake, shots at sundown , creative lighting .
4. Gambar untuk promo shots / promo artis baru .
Bantu artis baru, offer kan perkhidmatan kita kepada artis baru yang meningkat naik di FB mahupun myspace dan youtube. Sertakan hasil kerja bagi meyakinkan mereka.
5. Jual untuk stock photo / laman web gambar untuk dijual .
License – use untuk apa, size yang bagaimana, untuk terbitan siapa, tempoh siar . Fokuskan pada quality, dan pastikan ke website mana hendak di jual.
5. Perkerjaan yang memerlukan jurugambar.
Sekarang pekerjaan melibatkan jurufoto ada dalam pelbagai industri. Kita perlu mengambil gambar untuk sesuatu syarikat. Tidak semestinya perkahwinan atau tujuan pengiklanan, tapi atas faktor portfolio, promosi atau simpanan mereka. Kena ambil tahu, bertanya dan cari untuk ruang ini.
7. Gunakan blog atau laman web sebagai medium pelaris atau promosi .

Edit dari Sumber

Advertisements

Tips ambil gambar guna berbagai peranti

*Untuk yang menggunakan handphone (telefon bimbit berkamera) :

1) Kita kena tahu , kamera handphone tu dapat ambil gambar besar mana, jaraknya , tahu Mega Pixel (MP) nya, okke?

2) Tangan adalah tripod (tapak) kepada handphone tersebut, jadi kena tahu kawal “getar” pada tangan, kadangkala kerana teruja (jumpa selebriti atau melihat peristiwa bersejarah) depan mata, kawalan tangan jadi gigil, untuk elakkan kena pandai kawal keterujaan dalam hati , fokus untuk ‘mahu yang cantik’, dan fikir positif, insyaallah gambar taklah berdepan dengan tahap ‘goyang’ teramat.

3) Kena menghargai apa yang ada di sekeliling, Jika ambil gambar di rumah, belajar gunakan lampu, rajin selak tingkap untuk bagi cahaya semulajadi masuk, jika taknak guna lampu.Jika diluar rumah, manfaatkan cahaya matahari.Kemudian jika ada subjek cun ( ahli keluarga) atau model cute (macam kucing atau hamster), GUNAKAN .

4) Belajar konsep pantang, iaitu pantang berpeluang , ambil gambar sebanyak mungkin , dan senget-sengetkan handphone tu (main angel namanya), jika rajin guna props (bahan atau alatan di sesuatu tempat shoot), guna. Menyorok balik dedaunan ke, anda nak shoot dari atas kerusi, subjek tu dekat bawah ke, lakukan, cuba, cuba dan cuba.- ini adalah latihan sebelum guna kamera betul.

5) Akhir sekali, balik pada yang pertama, dah sedar tahap kemampuan kamera handphone seadanya, belajar tukar-tukar settingnya, main-main dengan teknologi itu.:)

contoh gambar dari hphone:

ini dari flickr anem
____________________________________________________

*Untuk pengguna kamera kompak ( yang biasa itu) .

1) Setting kamera sila belajar untuk teroka, main-main, tolong jangan ‘takut rosak’ atau ‘takut salah tekan’, sedangkan kamera itu sendiri manusia yang cipta (Tapi kena hati-hatilah). Kena ambil tahu Digital zoom berapa (TAPI lebih baik jangan guna ;p), Pixel berapa, flash nya, then GUNA. Kalau suka shoot gambar makanan, wajib ada tripod neh (Maksudnya wajib kamera tu dalam kedudukan stabil supaya gambar lagi cun.)

2) Kena rajin, rajin untuk mengambil gambar dari pelbagai posisi dan pelbagai situasi, jangan kerana ada acara baru nak on kamera comel anda itu. tau!

3) Belajar main dengan jarak, jangan terlalu ikut tradisi subjek kena center dan perlu nampak dari kepala ke kaki, TIDAK. Cuba jadi kreatif.

4) Sekarang kamera kompak dah makin canggih, dah , apa tunggu lagi, pi shoot !;p

contoh dari kamera padat :

asal
____________________________________________________

*Untuk pengguna DSLR, or wannabe.

1) Dapatkan kamera yang best dan mampu kita beli , lepas tu kita kenalah tahu semua benda alah yang wujud kat kamera tu, tahu tapi kena guna jugalah, belajar.

*kena tahu maksud istilah2 kat kamera tu, belaja guna manual. Main-main dengan aperture (ketajaman gambar, blur tak blur), Shutter , ISO (makin tinggi ISO, makin kurang contrast)

*sape suka CANDID (ISO 400 adalah digalakkan ;p)
*nak shoot outdoor yang cantik, small sikit aperture tu;p
*sunset pula akan cun pula dengan f/3.5 ke, belajar up/down kan , then try, and error.

r.2)Komposisi gambar :

*tarikan utama- iaitu subjek (kena tahu manfaatkan)
* Tahu Rule of third (ROT)
*kekemasan latar belakang
*Menghadkan fokus (biasanya ia dicapai dengan mengawal aperture , biasanya yang paling luas f2.8 atau f1.4)
*Keseimbangan (balance)

3) Ambil banyak gambar, boleh belajar mula dengan lihat style orang, namun jangan asyik jadi copycat, cari pengenalan diri juga, ea.

4) Kawal warna, mahirkan diri dengan white balance. Vivid mode untuk warna paling menarik.Potrait mode pula akan dapatkan warna kulit asli.

5) Pencahayaan kena bagus, waktu cerah semulajadi memang akan memberi impak pada gambar. Jika blur, atau keadaan berkabus, naikkan exposure, jika malam pula guna night mode atau rear curtain flash. (Cuba gabungkan cahaya matahari (flare), rear curtain flare dan kelajuan shutter yang perlahan, kerana ia mampu memberikan impak yang cantik)

6) Jika ambil gambar dekat, gunakan close up filter, selalulah bersihkan lens, Manakala jika subjek laju, gunakan continuous focus.

7) Akhir sekali, kena selalu bertanya, jangan malu dan cuba dan amalkan yang terbaik . Berikan hadiah untuk mata anda. Orang yang tidak ada DSLR amat mengidam benda tu, yang ada kenalah hargai sebaiknya.Kan?

contoh dslr:

Ed godden.
____________________________________________________

Sebenarnya, cara pegang kamera dengan betul, jenis-jenis angle, dan banyak lagilah perlu kita tahu jika cerita tentang photography tips ni, how to shoot , Anem sendiri, masih belajar, berlatih , mencuba. Paling penting jika teringin nak jadi photographer yang baik ni kena rajin panjangkan kaki, ada inisiatif nak berfikir dan berani cabar diri, nak kelainan, jangan cepat puas, dan jangan mudah mengalah. Kalau orang kata gambar kita tak ok, atau kutuk-kutuk, sebenarnya ia adalah cabaran, ambil gambar bukan buat duit je, ia adalah seni dari hati, macam menulis juga. 🙂

Sumber

5 Kesalahan Utama semasa mengambil Gambar Pengantin

Fotografi perkahwinan pada masa sekarang telah berkembang pesat, sejajar dengan perkembangan kamera digital dan juga teknik-teknik fotografi yang terbaru. Tidak dinafikan ramai jurugambar perkahwinan pada masa kini terikut-ikut dengan ‘trend’ mengambil gambar perkahwinan secara ‘candid’, ‘photojournalistic’ dan juga ‘contemporary’.
DSC_0579
Walaupun pada dasarnya kesemua konsep atau ‘style’ di atas adalah bagus, namun terdapat satu aspek dalam fotografi perkahwinan yang kurang diambil berat oleh kebanyakan jurugambar perkahwinan masakini. Gambar posing atau ‘pose’ adalah salah satu bahagian yang amat penting dalam fotografi perkahwinan dan gambar-gambar posing selalunya paling digemari oleh pasangan pengantin.
DSC_0765
Konsep atau ‘style’ anda mungkin tidak mementing gambar posing tetapi harus ditekankan disini bahawa terdapat segelintir ahli keluarga pengantin yang mungkin ingin melihat gambar-gambar sebegini. Jadi tidak salah kiranya anda mengambil sedikit gambar posing yang mungkin lari dari konsep asal yang anda bawa.

Tidak kira apa juga konsep atau style fotografi perkahwinan anda, gambar posing adalah gambar yang perlu anda ambil dalam sesuatu majlis perkahwinan dan untuk mendapat gambar posing yang terbaik, terdapat 5 kesalahan besar yang patut anda elakkan.

5 kesalahan

1) MELAKUKAN PENGGAMBARAN SECARA TERGESA-GESA
Anda mungkin kesuntukan masa dan sebagainya. Di sini perlu ditekankan supaya anda tidak mementingkan kuantiti, tetapi lihat pada kualiti. Gambar pose yang banyak tetapi hiasan rantai pada leher pengantin lelaki yang terbalik atau selendang yang tidak terurus pada pengantin perempuan tidak akan memberi makna kepada semua gambar anda. Lihat betul-betul pada kedua-dua pengantin dan ambil masa 1-2 minit bagi setiap pose untuk membetulkan apa-apa yang dirasakan tidak elok (tengkolok,lengan baju,sampin,selendang,keris dan sebagainya).

2) TIDAK TAHU TEKNIK POSING YANG BETUL
Walaupun posing mungkin dilihat sebagai perkara yang mudah tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat ketika anda meminta pengantin untuk membuat pose-pose yang tertentu. Gaya posing dengan teknik yang betul boleh membuatkan pengantin anda nampak lebih menarik. Melalui teknik yang betul juga anda boleh membuatkan pengantin kelihatan nampak lebih kurus dan inilah yang dikehendaki oleh semua pengantin terutama sekali pengantin perempuan. Cara meletakkan lengan, tangan, kedudukan kaki dan sebagainya memainkan peranan penting semasa menggayakan pose-pose tertentu.

3) JANGAN JADI SEPERTI ‘KETAM MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN’
Ayat di atas bermaksud, jika anda sendiri sebagai jurugambar tidak boleh menggayakan sesuatu pose, bagaimana anda ingin menyuruh atau memberi arahan kepada pengantin supaya melakukan pose tersebut? Proses posing menjadi lebih mudah sekiranya anda sendiri dapat menunjukkan cara membuat pose. Secara tidak langsung anda tidak perlu menerangkan kepada pengantin dengan panjang lebar tentang apa yang perlu dibuat, kerana pengantin hanya perlu meniru gaya anda sahaja. Proses posing akan menjadi cepat, mudah dan tepat. Ini juga berkait rapat dengan perkara (2) di atas di mana pengetahuan tentang teknik posing yang betul adalah amat diutamakan.

5kesalahan2

4) TIDAK BERTANYA KEPADA PENGANTIN JENIS-JENIS GAMBAR ATAU POSING YANG DIINGINI
Pihak pengantin seharusnya diterangkan terlebih dahulu tentang konsep posing dan gambar yang anda akan ambil semasa sesi penggambaran. TETAPI sebagai langkah keselamatan, pastikan anda bertanya atau memberitahu buat kali ke-dua (kali pertama semasa sesi perbincangan) tentang perkara yang sama. Jiikalau boleh, tunjukkan beberapa keping gambar posing yang telah diambil kepada pengantin sepanjang sesi penggambaran. Ini adalah untuk memastikan pasangan pengantin melihat sendiri gambar-gambar mereka dengan konsep yang anda bawa. Seringkali berlaku di mana ramai pengantin suka melihat gambar-gambar portfolio anda, tetapi bila gambar mereka sendiri diambil dengan konsep posing yang sama, ada yang tidak suka dan meminta untuk ditukar. Keadaan menjadi terlalu sukar jika diakhir sesi penggambaran barulah anda sedar tentang perkara ini.

5) JURUGAMBAR TIDAK MEMBERI EKSPRESI SEPERTI YANG DIINGINKAN PADA PENGANTIN
Sebagai jurugambar, apa yang ditunjukkan oleh pasangan pengantin (riak wajah, ekspresi) adalah cermin kepada ekspresi anda sendiri. Ini bermaksud, jika anda ingin pengantin tersenyum riang semasa membuat posing, anda sendiri hendaklah menunjukkan ekspresi tersebut semasa berkomunikasi dengan pengantin dan semasa mengambil gambar. Begitulah juga sebaliknya. Pengantin tidak akan menunjukkan ekspresi serius seperti yang diminta jika anda sendiri sentiasa tersenyum dan ketawa semasa berkomunikasi memberi arahan posing. Jika anda inginkan ekspresi pengantin supaya nampak lebih ‘hidup’ pastikan pengantin memandang kepada seseorang ketika membuat posing. Dengan memandang kepada seseorang ekpresi mereka akan nampak lebih bermakna, dan tidak sekadar pandangan kosong.

DSC_0259
Sumber

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga internet.Diharap semua masih ceria dan gembira walau kenaikan harga barang menjadi hadiah tahun baru yang paling digeruni oleh hampir semua warga internet sekalian.Walau pun ada kenaikan kos pembuatan custom album dan cuci gambaq, MB111 Studio akan cuba sedaya upaya mengekalkan harga supaya para pelanggan tidak terasa kenaikan harga.Selamat melayari blog kami dan hubungi terus kami di MB111 Studio untuk sebarang pertanyaan berkenaan pakej istimewa kami
– 0129572957 – (syah)

Tips Memilih Pakej Perkahwinan

Kepada anda yang  bakal bergelar raja sehari pasti menginginkan hari bahagia yang bakal  berlangsung agar menjadi detik yang paling ceria dan paling manis dalam  hidup anda. Justeru, persediaan untuk majlis perkahwinan anda perlu diatur dan  dirancang dengan sebaik-baiknya agar ia berlangsung dengan jayanya.

Tempahan Pakej  Perkahwinan dan sebagainya atau seringkali disebut juga sebagai  “weddingplanner” kini menjadi pilihan amat popular di mana sahaja di setiap  upacara perkahwinan yang bakal berlangsung. Ia bertujuan membantu setiap bakal  pengantin dalam merancang dan menyediakan kelengkapan-kelengkapan dan keperluan  untuk melangsungkan upacara perkahwinan. Terdapat banyak syarikat yang  menawarkan pakej perkahwinan. Jenis pakej adalah bergantung kepada syarikat.

Namun demikian,  untuk memilih pakej perkahwinan yang terbaik setiap bakal pengantin perlu bijak  dalam menilai apa sahaja pakej yang ingin dipilih. Bagaimana untuk memilih dan  apa yang hendak dipilih? Baiklah, secara mudahnya anda boleh mencuba untuk  membuat beberapa perbandingan di antara sebilangan pakej perkahwinan yang ada  ditawarkan di pasaran. Untuk membuat pilihan apa yang perlu dipastikan dan  dititik beratkan adalah kualiti serta kos yang berpatutan.

Jika disebut soal  kualiti maka ia juga seringkali berkait rapat dengan kos serta kuantiti dalam  pakej yang ditawarkan. Adakah anda akan membayar lebih untuk mendapatkan sesuatu  pakej perkahwinan yang kurang kualiti berbanding dengan pakej lengkap yang lebih  berkualiti ?

Cuba anda lihat  pada pakaian pengantin dan kelengkapan dan hiasan lainnya seperti aksesori,  busana samada tradisional atau moden, bilik tidur pengantin, persandingan/  pelamin, gubahan hantaran/ bungatelur, hidangan untuk pengantin/ makanan,  susun atur, khidmat fotografi dan sebagainya. Adakah ia mempunyai kualiti  seperti yang anda harapkan ?

Apa pilihan anda ? …

Sebagai contoh,  anda diberikan 2 pilihan untuk memilih pakej perkahwinan, kesemuanya menawarkan  pakej dengan harga yang sama seperti berikut :

Baju Pengantin,  Solekan & Andaman, Set Bersanding & Jurugambar. Bagaimana untuk membuat  pilihan terbaik dan bijak? Untuk itu ,anda amat dinasihatkan supaya meneliti  setiap pakej yang ditawarkan dan membuat perbandingan bagi mendapakan khidmat  yang terbaik.

Apa yang anda  perlukan adalah hanya sedikit penelitian terhadap kandungan perkhidmatan yang  terkandung di dalam pakej. Contohnya, lebih baik memilih set baju pengantin  yang baru dari set lama, lusuh dan rosak. Untuk khidmat solekan dan andaman,  pakej yang menyediakan mak andam yang lebih berpengalaman dan bersesuaian  dengan keinginan anda haruslah menjadi pilihan .

Contoh pelamin  yang menarik
(Gambar koleksi  Ombak Creative Solutions)

Bagi set bersanding  pula, pastikan anda memilih set yang mempunyai peralatan yang paling lengkap dan menarik. Begitu juga dengan jurufoto, buat sedikit survey terhadap  jurufoto yang bakal anda pilih dan pastikan mereka berpengalaman dan  professional atau anda akan  kehilangan peluang merakamkan detik-detik bahagia &  bersejarah dihari  persandingan nanti.

Contoh gubahan  hantaran menarik
(Gambar koleksi  Bina Kaseh Bridal Boutique)

Kebiasaannya  kebanyakan syarikat menyediakan pakej yang lengkap dan justeru sekiranya anda  tidak mempunyai masalah berkenaan bajet, anda adalah disyorkan untuk memilih  pakej perkahwinan yang lebih lengkap, ia lebih mudah, menjimatkan masa malah  sebenarnya ia lebih menjimakan wang.

Misalnya, daripada  memilih pakej perkahwinan yang hanya menawarkan 4 kandungan pakej seperti Baju  Pengantin, Solekan & Andaman, Set Bersanding & Jurugambar bukankah  lebih baik jika anda memilih pakej yang lebih lengkap malah lebih memudahkan  urusan anda. Contohnya, pakej yang menawarkan servis tambahan seperti pembuatan  kad kahwin, katering, khemah/kanopi, jurugambar & video serta tempahan  dewan, kursus perkahwinan, pemeriksaan perubatan, perlindungan insuran, perkhidmatan perancang perkahwinan  dan sebagainya.

Namun, sekiranya  anda kekurangan bajet dan cuba berjimat dengan memilih kombinasi syarikat yang  menawarkan perkhidmatan termurah, ataupun anda sudah mempunyai perkhidmatan  pilihan anda sendiri (contohnya anda ingin menggunakan mak andam pilihan anda)  cuba berbincang dengan syarikat terbabit agar dapat mengecilkan saiz pakej  mengikut pilihan anda untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

Contoh Pakej Perkahwinan All-in-One  :

OMBAK CREATIVE SOLUTIONS

Pakej Intan ( RM10,000 )

Catering ( 500 pax )

Nasi Putih & Nasi Minyak Ayam Masak Merah Daging Hitam Dalca Sayur Acar Buah Buah Oren Sirap Limau Lauk Pengantin Kek 3 Tingkat
Canopy Canopy Tetamu (4) (Kerusi, meja, alas meja, scallop, lampu & kipas) Canopy Pengantin (1) (Scallop, underlayer, backdrop, chandelier & kipas)
Dekorasi & Perhiasan Set Pelamin (1) Set Hiasan Meja Pengantin (1) Pintu Gerbang (1) Set Hidangan Dome (2) Set Hiasan Meja Kek (1)
Persalinan Baju Persandingan ( L & P ) Baju Gaun & Kot ( L & P ) Makeup & Andaman (1) Aksesori Pengantin ( L & P )
Lain-lain Kad Jemputan ( 300 keping ) Hadiah Tetamu ( 150 pax )
Percuma Body Spa Pakej ( Perempuan Shj )      Walau     apapun, tidak kira apa sahaja pakej yang akan anda pilih, rancanglah terlebih     dahulu perkahwinan anda sebaik-baiknya, sentiasa kawal perbelanjaan dan tetapkan bajet anda, jika tidak anda pasti dianggap boros dan tidak bijak     berbelanja.

Ya, tidak ada  salahnya jika anda ingin berbelanja lebih kerana bak kata orang ia hanya  berlangsung sekali seumur hidup, tetapi ingat anda perlu sentiasa bijak  memilih dan merancang kerana untuk melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga  memerlukan kesemua aspek ini.

Kami sentiasa  doakan kesejahteraan kesemua bakal pengantin, mudah-mudahan anda berbahagia  selamanya.

Tips Untuk Memilih Jurugambar Perkahwinan

 

DSC_0030

1. Buat survey awal 6 bulan sebelum majlis tentang jurugambar2 yang ada di pasaran.

2. Tengok review dan semak FB atau lama sosial depa ni sama ada aktif atau pun tidak.

3. Carilah yang dah established lama and make sure wujud (kalau bole biaq company berdaftar)

4. Kalau boleh carik yang  ada alamat perniagaan (Alamat rumah pun dh ok)

5. Bergantung pada bajet anda..ada jurugambar yang bagus dengan harga yang ok.

6. Elakkan amik jurugambar dari kawan sendiri. Bukan taknak tolong kawan tapi kadang-kadang berurusan dengan kawan pun sukar juga akhirnya. Dan kalau boleh tanya sedara mara or kawan-kawan yang dah kawen tentang jurugambar diorang ok ke tak dulu.

7. Dan pastikan… cara pembayaran kat jurugambar diambik kira. Selalunya jurugambar akan amik 40% before majlis 50% sebelum majlis dan 10% lagi selepas siap semua. Ada juga jurugambar yang mahu dibayar terus habis pada hari majlis perkahwinan untuk mengelakkan dari ditipu pelanggan. (Ada banyak kes jurugambar kena tipu)

8. Carilah photographer yang senang dengan kita, ramah supaya kita tidak kekok pada hari majlis nanti.

9. Dan sebagai pelanggan kena juga ikut janji jangan pulak time payment lambat nak bayaq of cos lahh jurugambar tak nak proceed buat album kita kan? … jurugambar pun ada hutang dan tanggungjawab sendiri kan???